Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘ primary spasmodic dysmenorrhea’
dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa
tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih
belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan
sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.
Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.
Ramai
di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan
kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah
gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat
mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca
pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan
menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika
senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap
penyakit ‘endometriosis’.Ini
menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia
terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa...
oleh itu saya ingin memperkenalkan set kesuburan shaklee....
Berminat??? saya akan beri konsultation pada anda......
sms/call/whatsapp/wechat/ line : 011-23016492
<SIHAT BERSAMA SHAKLEE>
* SETIAP PEMBELIAN RM200 KEATAS ANDA AKAN TERIMA "FREE GIFT"
No comments:
Post a Comment